Street Art Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. lama sudah tidak menulis di blog ni kan,, Tetiba terpanggil nak pos entry pasal street art dekat tepi tepi bangunan dekat Pulau Pinang.. Punya la bertahun duk Penang #bukitmertajam tapi tak pernah sampai dekat area street art ni..Jadi ambil kesempatan untuk ke street art ni dengan kawan sekolah rendah dulu.. Alkisah street art ni,ada je dekat bangunan dekat dengan komtar tuh.. dekat bangunan bangunan lama tu dorang lukis... banyak lorong..so parking je tepi jalan dan berjalan lah ke arah bangunan lama,,nak mengengsot pon boleh...

so kalau yang tak tahu jalan tu..waze je Armenian Street..follow je waze tuh sampai dekat area bangunan ni then parking...





 

psst psst : mohon beratur untuk ambil gambar di sini sebab ramai sangat orang yang nak ambik gambar,,and mohon buat muka tak malu posing depan orang yang kita tak kenal.. XD

Penganggur??


Assalamualaikum..

*sila abaikan sawang sawang yang bertempek di sana sini akibat dah lama tinggal dunia blogging.. testing testing.. ada lagi ke skill nak menulis blog ni.. haha..

Akhirnya..hampir 2 minggu sudah menamatkan pengajian di IPG Kampus Sultan Mizan untuk 5 tahun setengah,, lama dak?? lama kan.. macam ambik doctor dah,,alkisahnya ambik doctor memang dapat kerja tapi kami ambik cikgu ni berada diawang awangan tataw bila nak posting,, a lot of rumors,, a lot of gossip..

ada yang kata awai bulan 1,,ada yang kata bulan 6,,so which one is it??  i dont know,,just wait and pray :)
so lets have a vacation before u get that "posting".. Doakan yang terbaik untuk segalanya.. Amin..

Moga dipermudahkan


Assalamualaikum! 
Lama tidak bersua..lama juga tidak menulis.. idea ke arah twitter dan persiapan tahun akhir! Tahun akhir dah woiii..kejap je rasa..dah hampir ke penghujung 5 tahun setengah belajar dekat IPG Kampus Sultan Mizan ni..

Lets terjah aktiviti sepanjang akhir semester ni :)
Aktiviti Syooknya Sains

 Kendalikan Senamrobik dekat sekolah

 Mewarna Jalur gemilang 34meter

and lastly... kutip data untuk kajian tindakan aka thesis :)

dan akhir sekali....


officially engaged! Alhamdulillah! prepare untuk next step next year! In sha Allah


Pembentangan hasil Kajian Tindakan dah settle and now will busy with amali projek kayu..amali Autocad! 


RABBI YASSIRWALA TU'ASSIRRABBI TAMMIMBI KHAIR
Oh Allah, make it easy for me, and not make it difficult and end it with goodness
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit, ya Allah sempurnakan dengan kebaikan


Supermoon 23 Jun 2013


Alkisahnya! Tengok tweet kawan cakap cantiknya bulan malam ni,terus keluar bilik skodeng bulan! SubhanAllah,cantiknya! Tengok junior post gambar bulan yang dia ambik, terus teringat "ha time ni lah nak guna tamron AF 70-300mm tu" dan2 setting chentahati (dslr canon eos 550D) dan snap gambar bulan! Inilah hasilnya :)







sesungguhnya takdir telah tertulis


tetarik pada penulisan blog AkuIslam dan terasa nak share dekat sini :)
Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.
Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan.
Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.
Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.
Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan.
Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Takdirku Telah Tertulis

 Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah.
Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.
Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah.
Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita.  Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.
Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.  Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.  Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram.
Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan.  Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita.  Begitu jua lah sebaliknya.
“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”
Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa.  Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya.  Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.  Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.
InshaAllah…yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.