pantun!!!!

Tanam pisang rapat-rapat,
Biar senang puyuh berlari,
Buat ibadat main rembat,
Sebab ilmu agama tak nak cari.

Anak rusa nani,
Baru kembang ekor,
Buat dosa korang memang berani,
Macam le banyak pahala korang skor.

Putih rupanya bunga kecubung,
Anak buaya mati di pantai,
Belajar agama takde nak sambung,
Solat zakat semua korang main bantai.

Puas aku bertanam ubi,
Nenas juga dipandang orang,
Artis barat korang lagi kenal dari nabi,
Kat akhirat nak mengaku umat apa barang!

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Al-Fatihah mana surah pun korang tak ingat,
Nak belajar tajwid pun dah takde gigi.

untuk peringatan saya dan anda semua......slamat beramal..!!!

0 lying to myself: