cerita si gadis

Malam itu, Si Gadis menangis lagi. entah kenapa Si Gadis merasakan terlalu sedih.Kelemahan Si Gadis itu ialah apabila sedih,pasti akan teringatkan Si Dia yang nun jauh di sana dan tidak akan pernah kembali lagi. Tersedu sedan Si Gadis itu menangis mengenangkan Si Dia, bukan niatnya untuk meratapi,bahkan Si Gadis telah pun redha dengan ketentuanNya.

"Ya Allah,kuatkanlah semangat hambaMu ini,dan tabahkanlah hati ini untuk mengharungi dugaan ini kerana Allah tidak akan menguji hambaNya di luar batas kemampuan " doa Si Gadis sambil menahan tangisannya supaya tidak di dengari orang.Si Gadis menangis semahu-mahunya setelah sekian lama tidak menangis seperti itu.Mungkin malam itu Si gadis ingin melepaskan semua nya.

Si Gadis merasakan dirinya terlalu lemah pada malam tersebut. Menangis dan terus menangis. Bilakah ini akan berakhir? Soal Si Gadis di dalam hati nya. Tidak mungkin Si Gadis akan melupakan Si Dia tetapi sampai bila Si Gadis akan terus merindui Si Dia? Si Gadis menjerit nama Si Dia sekuat hatinya. Akhirnya Si Gadis tertidur bertemankan sisa air mata berlagukan sedu-sedan tangisan yang bersisa.

Di suatu saat, Si Gadis akan menangis lagi. Di saat itu,tiada siapa yang mengetahui akan sebabnya,, kerana tiada yang memahami diri Si Gadis kerana Si Gadis bukanlah seorang yang mudah untuk berkongsi dukanya. Baginya,kegembiraan harus di kongsi bersama tetapi kedukaan.....biarlah dia menanggungnya sendirian walau seberat mana pun dugaan tersebut. Tapi sampai bila?Biarlah masa yamg menentukan segalanya...

hatinya menyemat kata-kata ini
" terputus cinta memang menyakitkan,harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang atau tidak kesampaian,anggaplah kesedihan itu seperti hujan...Biar lebat atau lama manapun hujan itu, suatu masa hujan itu pasti akan reda jua..."

sekian sudeh cerita tentang si gadis,,hihihi...
P/S : TIADA KENE MNGENA NGN Y IDOP OR MATI OKEH...

2 lying to myself:

nursyafiqashafie said...

ye la tuh takde kne ngne,.hurm :(
cyan gadis,.mau jdik kwn dye la,.hehehe

ispiderz said...

hoho..jadi la,,,si gadis itu hny bygnnya...sape2 ley jd kwn,,haha