coretan

entry kali ini,,hanyalah sebuah bingkisan cerita...
mengenai seseorang yang saya kenali,,,Si Gadis
Si Gadis teringatkan suasana di tepi pantai yang sering dikunjunginya bersama Si Dia suatu ketika dahulu (bukan pntai bukit kluang okeh). tapi kali itu Si Gadis berkunjung ke pantai itu keseorangan tanpa Si Dia yang telah jauh...

"tiupan angin yang agak kencang membuatkan tubuh Si Gadis terasa dingin..matanya memerhati ombak kecil yang tidak putus-putus bercumbu di gigi pantai..Si Gadis cuba mengosongkan fikirannya. Dia mahu menikmati ketenangan dan kedamaian.

suasana yang damai dan sepi dengan pemandangan yang indah menjadikan dirinya mudah terusik,
Kesedihan mula menyelubungi dirinya.Entah kenapa setiap kali berdiri di pantai itu dia akan mula dibayangi kenangan lalu.

dunianya dirasakan begitu sepi tanpa gelak ketawa dan senyuman yang selalu dirinduinya. Kadang-kadang, dirasakan kegembiraan dan kebahagiaan bukan miliknya, Si Gadis cuba berseronok dengan dunianya. Namun Si Gadis sedar,segala kegembiraan dan keseronokan tidak membawa apa-apa makna baginya . hanyalah seketika untuk merawat hati yang sengsara."

hari ini,,,Si Gadis tahu,,dia perlu dan harus mencuba untuk melupakan Si Dia yang tidak mungkin akan kembali lagi, Si Gadis harus akur dengan ketentuan dan kehendak Illahi,,,Si Gadis bangun lalu mengusir bayangan itu jauh-jauh dari fikirannya..Lantas si Gadis memanjatkan doa kepada Yang Esa supaya ditabahkan hati untuk mengharungi liku-liku kehidupan yang entah bila akan berakhir,,,

0 lying to myself: