Pasir Mas ‘kilang’ jelitawan


TERSOHOR...gadis Pasir Mas terkenal di Kelantan kerana keaslian kecantikan mereka.

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.


Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

psst psst : saya tidak tergolong dalam kalangan mereka sebab saya kacukan jawa.. lebih mengikut iras my Dad.. Jangan cakap Jawa dengan saya! Saya tak pernah belajar dari My Dad.. Sekian :)

45 lying to myself:

zikeryhassan said...

nasib kau xngaku kau cantik. ahaha. kalau tak aku pengsan :P

siapakah wanita tersebut?


latest entri ; Bawa Kau Pergi 

Innanie | Ariffin said...

tapi siries kan... orang pasir mas memang comelote~~~ manis je.. wooohoo!

iszieylyanziy said...

@ zik : yelah,,aku mmg tacantik,,tataw siapa,,,ko click y atas sekali,,y dari metro tu

iszieylyanziy said...

@ innanie : haha,,kan kan,,,manis tu ada lah,,ngee

Mrdaha said...

Waa.. sejarah nama pasir mas.. seronok baca.. :D

iszieylyanziy said...

@ mrdaha : is pon first time bace,,wpon da lme dok sini,,haha

khaifaiz said...

ye ke,, mak ai ni yg nk p cri kt sana ni.. hehe.. tp cantik dr segi apa tu.. luaran or dalaman?

khaifaiz said...

ye ke,, mak ai ni yg nk p cri kt sana ni.. hehe.. tp cantik dr segi apa tu.. luaran or dalaman?

Anis Adila Aris said...

wan saya orang pasir mas..
kiranya dapat gak la sikit-sikit aura uh..huhu

iszieylyanziy said...

@ khaifaiz : dtg la,,p cari,,tapi xramai la anak2 muda dok kat kampung,,majoriti keluar belajar or kerja :)

**memyself** said...

comeylote??
hehe sy lahir pasir mas...
teeetttt....tp bkn oghe klate pon...
lahir je kat c2...hhuhu

iszieylyanziy said...

@ anis : hahha,,boleh lah tu aura,,aura pon jadilah kan :) hehe

iszieylyanziy said...

@ memyself : la,,so ic num 03 lah?? ehhe,,ambik aura lahir kat sini pon ok kan,,ngee :)

AH7 said...

nak cantek kena mkn budu...

FariehanIbrahim [LBC] said...

ambo ore klate neyh! xD

r-5 said...

hahaha. yeke comey-lotte? klu uke comey tp hati xcomey xbuleyh jugak en? hik3. sbb skrg byk camgitu. :D klu muke xcomey hati comey itu lagi terbaik. klu muka and hati comey lag lah terbaik!!! hehehehe

iszieylyanziy said...

@ din : pa kaitannye?xde pon tulis dlm paper tu suh mkn budu,,hahaha

iszieylyanziy said...

# fariehan : hahaha,,,nak comel lote gak eh?ngee

iszieylyanziy said...

r-5 : yeay! i like ur comment,,haha,,klu ati buruk,,muke je baik,,xleh nk wtpe gak kan,,ngee

Finaz Jaafar said...

huhu,,slalunye klo dari pantai timur mmg cantik kot

Suraya said...

hehe..macam tu ke cik finaz?
sy pn dari pantai timur..
hhaahaha
(perasan jugak sue ni)

iszieylyanziy said...

@ finaz : not including me la,,ngee,,

iszieylyanziy said...

@ sue : ahaha,,ok2,,sy puji,kamu cntik,,ngee

Dyaz Hererra said...

huhu..betulkah..?
waa..untung la org psir mas..huhu~

iszieylyanziy said...

@ diana : hahaha,,,kan kan,,but not me la,,ngee,,

Imran nyambek said...

gua orang pasir gudang.haha

Bulan said...

cantik luar cantik dlman.tue penting.ehee

iszieylyanziy said...

@ imran : haha,pasir jugak,,

iszieylyanziy said...

@ bulan : kan kan,,2 2 kena cntik,,,

cik Suka Suki@Atikah Latiff said...

setuju jugak,study kat pantai timur,ramai orang kelantan,ramai cantik,tapi ada jugak cantik dan bermasalah,tapi ada yang cantik peribadi lagi cantik and become perfecto.tapi,kurang lah kalau nak cari macam ni.hehehe

cik is pon cantik jugakk :p

iszieylyanziy said...

@ cik suka : ahahha,,susah nak cari cantik luar dan cantik dalam :)

acan ketot said...

alaaa...
nk cntek jgak..
hahaha

iszieylyanziy said...

@ acan : ambek lah,,xde orang nak marah pom :)

aNnE said...

betul la sis..ckg anne pun cakap diorang ni lawa2..huhu

ececeh dia pun lawa,nak humble lak..hehe

iszieylyanziy said...

@ anne : haha,,,ade pulak gtu,,da lme dgr statement ckp org pmas ni lawa2 except me,,,hahaha

nas said...

betul ke org pasir mas wanita lawa2?
aku tengok macam biase2 je...
cm org kelate lain je.. hehe

HaNTwO said...

Negeri Kelantan kilang wanita cantik....sumpah pokcik tak tipu :)

r-5 said...

hantwo: cantik xguna klu peribadi xcantik. yang dalam kena cantik dolu barulah yg luar pon santek molek~

iszieylyanziey said...

@ nas : i have no comment for that,,haha,,mana2 negeri pon cantik ape kalau dah Allah dah anugerahkan kecantikan tu :)

iszieylyanziey said...

@ hantwo : haha,,ye ye je die nie,,mane tahu???

iszieylyanziey said...

@ hantwo : haha,,ye ye je die nie,,mane tahu???

iszieylyanziey said...

@ r -5 : your comment seems like u have a problem with "comel lote girl" hehe.. cantik tu subjektif,,terpulang pada mata yang memandang,,tapi..cantik fizikal,kena lah cantik dalaman jugak ,,am i right? huhu

Anonymous said...

perangai pon 'cntik' kn???

iszieylyanziy said...

@ anony : siapakah anda?

Bungkilan said...

Tidak dapat dinafikan. Gadis pasir mas banyak yang cantik..