bercerita soal jodoh


Assalamualaikum...
Bila kita sebut je pasal jodoh, adakah kita akan tahu bila jodoh kita akan sampai? Sekarang? Dua tiga hari lagi? Bulan depan? Lima tahun akan datang? Ada ke waktu yang tepat Allah bagitau kita bila kita akan menemukan pasangan hidup kita di dunia ini?
Ok. Kalau kita dah bertemu dengannya, adakah kita akan tahu bila si dia akan pergi? Mungkinkah dia atau kita yang pergi dulu? Atau ada juga kes pasangan mempelai yang baru saja bernikah, beberapa hari lepas tu terus bercerai (atas sebab-sebab tertentu yang mungkin hanya Allah yang tahu).
Segalanya tak mustahil kan kalau itu takdir kita yang sudah tertulis?
Itulah maksud ISz dengan jodoh. Jodoh ialah takdir kita yang sudah ditetapkan sejak kita di luh mahfuz lagi. Tapi tidak seperti mati, soal jodoh ni boleh berubah atas ikhtiar manusia.
ISz sering bertemu dengan orang-orang yang takut kehilangan jodohnya. Dan malu jugak untuk ISz katakan bahawa ISz juga tergolong dalam kelompok sebegini (aduh, bocor sudah rahsia). Bagi ISz, itu biasa. Sebagai manusia yang lemah, kita memang seringkali dihantui oleh perasaan takut, ragu-ragu, rendah diri, tak yakin dengan apa saja yang Allah sudah tentukan untuk kita. Sebab apa? Mungkin sebab kita sendiri tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah beri. Tapi sebab utamanya ialah akal kita tak mampu memproses perkara-perkara ghaib; perkara-perkara di luar kemampuan akal kita yang Allah dah anugerahkan ni. Tapi, percayalalah. Semua yang Allah berikan, timpakan dan jadikan untuk kita semuanya ada hikmah masing-masing, sama ada sedar ataupun tak.
Begitu juga dengan perihal jodoh. Walaupun kita tak tahu siapa jodoh kita dan rasa tak yakin yang si dia ialah jodoh kita, ada cara yang Nabi s.a.w. dah ajar pada kita untuk minta petunjuk Allah. Semua perkara yang kita buat kat dunia ni, semuanya mesti berbalik kepada Allah. Allah, menerusi wahyunya, al-Quran dan al-Sunnah ialah tempat rujukan utama kita. Doa pula merupakan satu-satunya alat untuk kita berkomunikasi dan berinteraksi dengan Allah. Kalau kita bimbang dan sedih memikirkan soal jodoh, segeralah mengadu pada Allah kerana Dia lebih Mengetahui apa yang tidak diketahui manusia lain. Boleh kalau nak luahkan kat orang lain. ISz sendiri pernah buat. Tapi, ISz selalu kecewa kerana jawapan yang diberikan pada saya tidak pernah menepati apa yang ISz inginkan. Tapi, kalau kita mengadu pada Allah, insya-Allah kita tak akan sesekali dikecewakan. Ingatlah, tak macam manusia-manusia lain, Allah sentiasa online 24 jam setiap hari untuk kita. Cuma kita saja yang sering invisible dari-Nya. Lepas ni kalau nak cari tempat mengadu, segera berwudhu’ dan buzzlah Allah dengan solat-solat sunat di malam hari (qiammullail). Insya-Allah, Allah akan segera buzz kita balik dan respond offline messages kita sebelum tu :)
Kalau hati kita sudah yakin dengan seseorang, kita yakin dia ialah jodoh yang dicari selama ni dan dalam masa yang sama kita tak putus berdoa mohon petunjuk Allah, maka yakinlah dengan apa yang kita rasa. Sebab orang kata kalau nak tahu sama ada si dia tu jodoh kita atau pun tak, hati kita akan tenang dan bahagia je dengan dia walaupun kita dengan dia jarang bertemu atau bersembang (atau tak pernah bertemu dan bersembang langsung). Dan kita tak pernah takut kehilangan dia dan yakin sekali bahawa dia  yang ditunggu-tunggu selama ni. Bagi ISz, itu mungkin salah satu bentuk hidayah dari Allah yang Dia turunkan ke dalam hati kita. Jadi, yakinlah. Janganlah kita menduga si dia dengan dugaan-dugaan yang bisa menggoreskan hatinya. Jangan diuji kesetiaannya. Sebab belum tentu dengan perlakuan kita tu kita dapat beri kita klu yang tepat tentang takdir kita dan dia.
Semuanya kembalikan pada Allah. Usah bimbang, usah gusar dan usah sedih. Serahkan saja segalanya kepada Dia untuk menentukan sebab Dialah yang mencorakkan takdir bagi setiap hamba-Nya. Berusaha, berdoa dan tawakkal jangan sesekali kita tinggalkan. Berusaha jadi hamba yang baik, insya-Allah yang terbaiklah yang Allah akan bagi pada kita.

4 lying to myself:

ishiko said...

jodoh..
haaaihhh... *mengeluh, kekekee

pikir kool said...

istiharah la isz, agar diberi petunjuk tentang jodoh insyaAllah :)

iszieylyanziy said...

@ishiko : jangan mengeluh,,jodoh tu memang dah ada XD encikbeliau kan ada XD

iszieylyanziy said...

@pikir kool : belom bersedia untuk istikarah :'( bimbang terlalu mengharap