Ceita cikgu ISz


Assalamualaikum..

ISz nak cerita pasal SK Tengku Mahmud.. Sekolah Berprestasi Tinggi a.k.a tempat praktikal ISz selama 3 bulan bermula 20 Januari hari tu sampailah 18 April.. Apa yang best tentang sekolah ni ialah cikgu cikgu dia best! Mesra sangat sangat.. So tak lah rasa kekok sangat kat sana as Guru Pelatih kan :P

Al kisahnya ISz dapat mengajar semua tahun 4,,12 waktu dan dalam erti kata lain 6 jam,,
6 rph la kan,, letih oiii tulis rph as a guru pelatih ni,, cuba dah jadi cikgu betol, pendek je rph nya :( nama pon sekolah berprestasi tinggi kan, jadi banyak lah program nya,, minggu ni ada one-off yang bagi duit rm100.. normal la kan semua sekolah buat, minggu depan ada Larian Cergas, ada MaulidurRasul pulak.. 2 event dalam masa 1 minggu.. penat tek! Balik sekolah dalam pukol 2 lebih, pukol 5 petang nak kena datang training budak pulak.. *penat sangat

Apa pon, hope can really enjoy with this school for the next 10 weeks :)

Cikgu Istiqomah bosan buat kerja dalam bengkel kemahiran hidup sengsorang :P

psst psst : ada ghupa cikgu garang tak?? tak pon,, cikgu baik tahu :P

Got this potraiture.. Bakat anda terserlah lah! 

ada 1 lagi cerita,tadi mengajar budak kelas 4Teratai kelas no 4.. ISz denda sorang budak nakal, bukan denda apa pon,suruh dia berdiri dekat depan, angkat tangan ke atas,, itu je.. Dah kena denda pon still nakal. habis patah pemegang bulu ayam tu sebab ISz ketuk meja! haha *garang okay.. 
 Panggil budak tu datang dengan dengan ISz, tanya apa nama dia, dia tak jawab,dia tunjuk buku tulis dia.. mata dah berair nak menangis,, lelaki tuh! *manja kan budak sekarang.. Then suruh dia pergi duduk,tanya dekat murid lain *Cikgu garang tak?  *Garang cikgu  #dalam hati bersorak! yeay! aku garang kot,,, hahaha.. Garang itu perlu biar budak tak pijak kepala,,nak nak as a training teacher nie

psst psst : nampak mata budak tu dah mula berkaca pon ISz dah rasa cuak,rasa bersalah *baiknya hati #kbye



14 lying to myself:

PeRdU cINta said...

Betul la..budak2 sekarang manja sangat..dan suka sangat menduga kesabaran cikgu2 kesayangan mereka..akak tau pun pengalaman kawan2 yang jadi guru..sabar..semua kerana Allah..minta dengan Allah supaya mereka berubah..

BlueiceButterfly said...

bestnya dapat pengalaman baru..hehe cikgu kena garang gak sikit nanti budak2 pijak kepala lak..:)

mira_nas said...

ISz, mira pun praktikum gak.. adeh, tapi memang susah gila handle murid darjah 3. Diorang tak faham pun kita tengah marah. Nak cakap pun terjerit-jerit. Semua nakkan perhatian. Panggil, 'cikgu,,, cikgu'. Sampailah mira menyahut, pandang dan layan... huu... mencabar kot.

hana hadi said...

hehe kwn2 hana yang praktikum sek berprestasi ni risau. banyak keja, balik prktikum kul3 4 petang. tapi cikgunya baik2, peramah.

yang pasal denda tu isz try pulaukan dia. maksudnya. mcm puji murid lain. buat xtau je kat dia. buat mcm dia x wujud. pastu perli dia ke..

kalau denda2 ni risau gak hana. sek berprstasi tinggi ni lain sikit dr sekolah biasa.

p/s : panjang plak komennya..hehe gud luck. setahun ja lagi kan nak habis..

istiqomah said...

@perdu : kan akak,,no wonder jugak maybe sebab budak tu anak cikgu,,seriously rasa kurang sabar time tu,,tapi mintak2 after this tak buat perangai dah

istiqomah said...

@BlueiceButterfly : kan,,sangat perlu garang tu kita selitkan sikit,,xlah garang tapi tegas,,hehe

istiqomah said...

@mira_nas : haha,,susah kan,,nak2 satu kelas dekat 40 orang,,seriously sakit tekak,penat nak melayan dorang :(

istiqomah said...

@ hana hadi : haha, GB dah pesan awal2,denda lah jangan sampai mendatangkan kecederaan fizikal,,setakat denda berdiri tu biase,,semua cikgu buat kat sekolah ni hana,,ngee,,sabar je lah,,setahun je lagi kan XD

Juliet_iRa~" said...

wahh kemain cikgu garang ni :p

heee x dok blk guru ke isz?ke meja penuh dah hee

sek akk pn meriah dgn bdak praktikum mcm isz..:)

CTK said...

cikgu garang yg boleh bawak bergurau ni lah paling disayangi anak murid...hehehe

istiqomah said...

@JULIET : dok je,,nie masa nak menindahkan suasana bengkel! hahaha

istiqomah said...

@ctk : haha,,kejap je marah tau,,dah mula mengajar tergelak2 dah XD

Eein Azryn said...

Sabarlah ek. Jadi cikgu memang mencabar. :)

hana hadi said...

zaman skrang ni risau nak denda2 murid. kira berdiri depan angkat tangan tu denda yang simple. rasanya boleh diamalkan time ngajar betul nanti.hehe